Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan kekurangan pakar teknikal dalam kalangan anak tempatan jadi punca beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sering rosak dan gagal diperbaiki.<br /><br />Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan sedemikian tidak tepat dan dibuat secara umum, serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.
